Bekas MB Pahang akui kata UMNO ‘sudah hendak bungkus’: Laporan

August 17, 2023 · Politik

Tan Sri Adnan Yaakob mengesahkan berhubung kenyataannya ‘UMNO sudah hendak bungkus’ yang tular baru-baru ini semasa bertembung dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di mahkamah baru-baru ini.

Pemimpin veteran UMNO dan juga bekas Menteri Besar Pahang itu dilaporkan sebuah portal berkata kenyataan tersebut merupakan suara kebanyakan rakyat dan tidak peduli jika terdapat pihak yang tidak berpuas hati terhadapnya.

“Saya menjadi wakil rakyat selama lapan penggal. Ini semua takdir Allah belaka. Arwah ayah saya pernah menjadi Ketua UMNO cawangan, Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan Setiausaha UMNO Bahagian.

“Alhamdulillah, saya terdedah awal kepada politik UMNO sejak kecil. Apa yang saya sebutkan dalam video itu adalah suara terbanyak rakyat. Kalau ada yang marah dan ada yang suka, ia bukan urusan saya.

“Saya anggap ia ada hikmahnya. Para ulamak pernah berkata: “Tidak bergerak sebutir zarah melainkan dengan izin Allah,” kata Adnan menurut laporan MalaysiaGazette.

Portal itu mendakwa melihat pesanan WhatsApp.

Terdahulu, Adnan menyertai bekas kepimpinan UMNO yang menggambarkan prestasi parti itu kian menjunam susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Dalam satu video berdurasi 25 saat yang tular semalam, beliau yang dikenali sebagai Tok Nan mengatakan, “UMNO pun dah nak bungkus dah, bungkus lipat. Banyak ceritanya”.

Menurut Adnan, dialog ringkas itu dikeluarkan ketika beliau terserempak dengan Muhyiddin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

“Saya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengikuti perbicaraan 1MDB, Datuk Seri Najib. Sebagai chambering student proses cross-examination ini sangat penting. Tengah hari saya keluar untuk ke Bangsar ada temu janji makan.

“Semasa keluar, Tan Sri Muhiyiddin juga keluar dari Mahkamah Tinggi satu lagi selesai kes defamation suit beliau terhadap Datuk Puad Zarkashi.

“Saya bersalam dengan Tan Sri Muhiyiddin. Saya kata kepada beliau ‘UMNO ni bungkus dah, bungkus lipat. Ia bukan kenyataan akhbar tetapi dicuri rakam dan direkod oleh petugas media,” jelasnya kepada satu kumpulan WhatsApp.

Adnan turut menjelaskan beliau telah terdedah kepada UMNO ketika berumur sembilan tahun dan turut membantu kempen Pilihan Raya Umum 1964 semasa berumur 14 tahun antara tugas termasuk membawa alat kempen dan mengepam lampu gasolin.

Beliau menjadi ahli UMNO semasa berumur 19 tahun dan dipilih sebagai wakil rakyat semasa berumur 36 tahun dan menjadi ketua bahagian semasa berumur 37 tahun.

Pada usia 40 tahun, beliau menjadi Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang dan dilantik sebagai Menteri Besar semasa berumur 49 tahun.

Beliau bersara sebagai Menteri Besar semasa berumur 68 tahun dan bersara sebagai wakil rakyat pada usia 72 tahun.

Pada PRN lalu UMNO hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
PRN: Bersatu Negeri Sembilan tawar kerusi MB jika KJ tanding tiket PN
February 10, 2023
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok