Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai

September 21, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) sekali lagi mengetengahkan Naib Yang Dipertua PAS Bentong Kasim Samat, sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Okt ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengumumkan perkara itu berkata pemilihan semula Kasim, disepakati semua parti komponen PN, lapor Bernama.

“Parti (PAS) telah menerima senarai tiga calon…kita bawa bincang dalam Majlis Syura dan terima bahawa ketiga-tiga calon dari segi syarie layak.

“Parti bincang siapa yang terbaik, kami tengok siapa yang paling dekat dengan pengundi. Calon dari Pelangai sendiri, anak jati yang tinggal di sini,” katanya pada majlis pengumuman calon PN yang diadakan di Simpang Pelangai di sini malam tadi.

Kasim, 62, atau lebih dikenali sebagai sebagai Cikgu Kasim sebelum ini pernah bertanding di DUN Pelangai pada Pilihan Raya Umum Ke-15, namun tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Johari Harun daripada Barisan Nasional (BN), yang menang dengan majoriti 4,048 undi.

Kasim yang merupakan bekas guru sekolah menengah dan kolej matrikulasi ketika ditemui media berkata beliau berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepimpinan PN.

“Saya akur dan saya berjanji saya akan bekerja untuk masyarakat di DUN Pelangai ini,” kata Kasim yang juga Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Kebangsaan Negeri Pahang.

PRK Pelangai akan berlangsung pada 7 Okt ini, susulan kematian Johari yang merupakan penyandang bagi DUN itu dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 23 Sept ini, manakala 3 Okt ditetapkan sebagai hari pengundian awal.

Berita berkaitan
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
55 minit lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
1 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
5 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok