Arman kata tuduhan untuk halang tanding Ketua Pemuda UMNO

February 23, 2023 · Politik

Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Arman Azha Abu Hanifah menyifatkan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau lebih kepada bersifat untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Malah, beliau berkata pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau adalah sesuatu yang amat amatur terhadap pemimpin yang telah masak dengan keadaan politik nasional.

“Tuduhan itu yang saya lihat adalah tuduhan yang lebih kepada tidak membenarkan saya bertanding. Satu pertuduhan yang amat amatur. Pertuduhan terhadap pemimpin yang telah masak dengan politik nasional.

“Satu pertuduhan yang bagi saya lembaga disiplin boleh menilai dengan baik, dan lembaga disiplin boleh lihat yang mana benar yang mana tidak.

“Bagi saya, kita serah kepada lembaga disiplin untuk melihat pertuduhan-pertuduhan terhadap diri saya itu sah atau tidak,” katanya pada sidang media selepas bertemu Lembaga Didiplin UMNO, hari ini (23 Februari 2023).

Menjawab soalan, Arman Azha berkata setakat ini lembaga disiplin tidak menghalangnya daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, selain mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Serentak itu, pada sidang media berkenaan Arman Azha menyerahkan borang bagi mempertahankan jawatan ketua bahagian, manakala borang untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pula akan diserahkan kepada ibu pejabat parti esok.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua pihak supaya bertanding setiap jawatan secara demokrasi dan ‘gentleman’.

“Bagi saya kalau nak lawan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia lawan (secara) gentleman. Jangan baling batu sembunyi tangan.

“Dah nak jadi ketua pemuda ni jangan jadi calon yang orang cakap ditaja, tetapi jadilah calon pergerakan Pemuda UMNO Malaysia atas kapasiti keyakinan diri sendiri,” katanya lagi.

Menjawab soalan lain, Arman Azha berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan begitu juga sebaliknya.

Ini terbukti apabila beliau masih kekal sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Bagi saya kalau saya ada masalah dengan presiden, sudah pasti saya seorang ahli MT lantikan akan dipecat atau ditamatkan jawatan itu.

“(Tapi) sehingga mesyuarat terakhir baru-baru ini, saya masih lagi berdiri sebagai ahli MT,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok