Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis

March 24, 2023 · Politik

Sayap pemuda Bersatu, Armada membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Perdana Menteri (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pengecualian cukai yang dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Laporan polis itu berkata Guan Eng membuat fitnah terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu rayuan pengecualian cukai Yayasan AlBukhary (YAB), walhal sememangnya terdapat rayuan yang dibuat semasa beliau menjadi PM.

Guan Eng semasa membuat laporan polis terhadap Muhyiddin menggunakan jawapan di Parlimen diberikan Anwar yang didakwa Armada Bersatu sebagai mengelirukan kerana fakta salah.

“PMX tidak berterus terang bahawa YAB (telahpun mendapatkan pengecualian cukai semasa pemerintahan Barisan Nasional bagi tahun-tahun 2016-2018;

“PMX tidak berterus terang bahawa Lembaga Hasil Dalam Negerl (LHDN) telah menolak pengecualian cukai tersebut dan ia berlaku semasa pemerintahan Pakatan Harapan dan Guan Eng adalah Menteri Kewangan pada waktu itu;

“PMX berbohong apabila menyatakan Menteri Kewangan tiada kuasa dan kuasa pengecualian cukai adalah kausa mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah s.44(6) Akta Cukal 1967;

“Penyataan PMX itu bohong kerana di bawah seksyen 44(6B) Akta Cukai 1967 apa-apa keputusan Ketua Pengarah LHDN boleh dirayukan kepada Menteri Kewangan dan Menteri boleh membuat apa-apa kepulusan yang berpatutan. Seksyen 44(6B) memperuntukkan seperti berikut:

“Where any institution, organization, appropriate religious authority, body or public university is aggrieved by the decision of the Director General in respect of an application made under subsection (6) or (110), the institution, organization, appropriate religious authority. body or public university may within thirty days after being informed of the decision, appeal to the Minister and the Minister may make any decision as he considers fit.”

“Berdasarkan seksyen 44(6B) Akta Cukai 1967, maka keputusan Ketua Pengarah LHDN bukanlah mutlak,” menurut laporan polis dibuat pemuda Bersatu yang dilihat media.

Dalam laporan tersebut juga, jelas menunjukkan pertuduhan terhadap Muhyiddin di mahkamah sebelum ini adalah tidak masuk akal melibatkan isu dana politik daripada YAB.

“Terkini Kementerian Kewangan mengeluarkan Kenyataan Akbar yang lebih mengelirukan bahawa YAB tidak pernah dibatalkan/ditolak pengecualian cukai oleh LGE atau mana-mana pegawai Kementerian/LHON. In tidak munasabah.

“Jika demiklan, diada sebab untuk YAB membuat rayuan. Ini juga mengeruhkan lagi kenapa TSMY didakwa dan dikenakan pertuduhan salah guna kuasa atas isu cukai YAB jika YAB mash menikmati pengecualian cukai dan tidak perlu membuat rayuan tersebut.

“Memandangkan PMX sendiri menyatakan bahawa PM tiada kuasa ke atas cukai, maka terbuktilah bahawa pendakwaan ke atas dan semua pertuduhan salah guna kuasa terhadap TSMY (Muhyiddin) adalah palsu dan sesuatu yang diadakan untuk menganiayai dan merosakkan TSMY,” kata laporan polis itu lagi.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
57 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok