Anwar minta tunjuk bukti MP Kuala Kangsar diugut sokong kerajaan campuran

October 18, 2023 · Politik

Pihak yang membuat dakwaan Ahli Parlimen (MP) Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut untuk menyokong kerajaan perlu menunjukkan bukti.

Gesaan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu menyokongnya dan kerajaan campuran, tetapi Iskandar Dzulkarnain meminta peruntukan disalurkan selepas sokongan itu diberikan.

Namun Anwar menjelaskan, sehingga kini beliau sendiri tidak pernah bertemu dan menghubungi malah jauh sekali menghantar wakil berurusan dengan Iskandar Dzulkarnain.

“Kalau beliau (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) ada bukti, beliau kena bawa, tetapi apa lagi beliau hendak kata. Yang saya tahu saya belum jumpa, belum hubungi dan hantar wakil. Tak tahu siapa yang ugut.

“Kalau ada bukti beliau (Hamzah) kena keluarkan. Jangan pakai bebal. Beliau patut bawa laporan. Kalau ada laporan, patut ada siasatan,” katanya dipetik laporan media.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung PN tersebut yang mengatakan Iskandar Dzulkarnain diugut atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal menyokong kerajaan.

Hamzah mendakwa, pada 1 Oktober lalu, wakil rakyat itu dipercayai dibawa bertemu dengan seorang pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media berkenaan.

Malah sebelum itu pada 26 September lalu, Iskandar Dzulkarnain juga didatangi seorang taikun perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri di sebuah lokasi sekitar Damansara.

Menurut Hamzah, malah ketika pertemuan bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu juga kelihatan amat tertekan akibat intimidasi yang dikenakan terhadap beliau.

Justeru itu, beliau menegaskan PN mengutuk keras tindakan Kerajaan Madani yang berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi serta ugutan terhadap pemimpin pembangkang.

Mengulas lanjut, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Iskandar Dzulkarnain yang membuat kenyataan menyokong kepemimpinannya.

“Saya belum menghubungi beliau dan telefon untuk jumpa, lihat kepada kenyataan saya ucap terima kasih beliau beri sokongan. Soal beliau hendak kekal dengan PN , itu keputusan beliau.

“Tapi saya fikir bila orang lihat yang kita lakukan atas dasar ekonomi dan merakyatkan, ia satu hubungan yang baik,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain memutuskan menyokong kepemimpinan Anwar dan kerajaan campuran.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
41 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok