Anwar kena berhati-hati dengan parti anak murid yang pernah tarik sokongan

December 1, 2022 · Politik

Tindakan UMNO yang pernah menarik sokongan sehingga kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini jatuh perlu dijadikan iktibar buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu tidak menolak Perdana Menteri (PM) mungkin terpaksa akur dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menuruti apa sahaja permintaannya walaupun terpaksa mengadaikan prinsip perjuangan sebelum ini kononnya mahu sebuah kerajaan yang berintegriti dan tidak korup.

“Kasihan kepada perdana menteri cakap pasal reformasi tetapi berhadapan dengan kelompok yang boleh ugut dia, pernah ada rekod jatuhkan kerajaan sendiri, kalau tak penuhi tuntutan mereka masa Muhyiddin dan Ismail sebelum ini.

“Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dijatuhkan oleh beberapa pemimpin BN yang tarik sokongan,” katanya dipetik semasa temubual dengan Astro Awani.

Untuk rekod, Anwar berjaya menjadi PM ke-10 selepas mendapat sokongan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang diketuai anak muridnya walaupun melanggar ketetapan parti tersebut sebelum ini dan menipu para pengundi semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Sebelum ini, beberapa pimpinan BN yang menarik sokongan kepada Muhyiddin sehingga terjatuhnya kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata kerajaan di bawah pimpinan Anwar pada masa ini bergantung pada BN dalam blok kerajaan.

Katanya, sekiranya diganggu-gugat kesungguhan Anwar untuk reformasi, kerajaan akan terus tidak stabil

“Jadi kes mahkamah ini akan jadi perhatian. Tiba-tiba Zahid Hamidi tak bersalah…..apa akan berlaku?…. dan jika Zahid bersalah apa kesannya dalam konteks kerajaan. Ini perkara besar,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan itu juga berkata beliau bangga PN berada dalam blok pembangkang dan prinsip sanggup ketepikan jawatan dan kuasa itu dijaga.

Berbeza dengan PH yang sanggup kompromi dengan parti yang dikutuk dan dihina sebelum ini hanya demi dapatkan kuasa.

“Saya bangga duduk di sebelah PN. Cuma saya bimbang dengan sikap ahli politik populis dalam kerajaan PH inilah yang membuatkan rakyat dalam negara muak dengan orang politik.

“Sekejap cakap lain, esok cakap lain dan lusa cakap lain,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok