Anwar dimalukan, MP kerajaan boikot ucapan perbahasan selepas MoU?

September 14, 2021 · Politik

Walaupun Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimerterai dengan pembangkang dan kerajaan, namun Ahli-ahli Parlimen (MP) blok kerajaan tidak berminat untuk mendengar ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Dewan Rakyat hari ini.

Lebih memalukan, Anwar semasa membahaskan usul menjunjung kasih Titah Dirajanya dengan keadaan dalam dewan lenggang ekoran sebahagian besar kedudukan kerusi di blok kerajaan hampir kosong, ia termasuk ketiadaan Menteri dan Timbalan Menteri.

Malah, paling mengecewakannya tidak juga kelihatan MP Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap sebagai anak muridnya.

MP Padang Serai, M Karupaiya meluahkan kekecewaannya dengan bangun mencelah dan mengkritik keadaan kerusi yang kosong di blok kerajaan semasa Anwar berbahas.

“Banyak kerusi kosong. Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada mereka harus hadir. Kita ada Kabinet besar. Kami berdebat tetapi hanya kerusi yang mendengar,” katanya dipetik ketika bangun mencelah.

Turut meluahkan rasa kecewa termasuk MP Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang mempersoalkan mengapa tidak ramai MP dari blok kerajaan berada dalam dewan.

Bagaimanapuna, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga MP Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pantas mencelah sambil memaklumkan beliau mendengar perbahasan dibuat Anwar.

Hari ini adalah hari kedua sidang Dewan Rakyat dengan perbahasan lebih bertumpu kepada usul menjunjung kasih Titah Diraja.

Semalam, blok pembangkang, Pakatan Harapan dan kerajaan menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Anwar tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok