Annuar Musa sahkan mohon masuk PAS

May 20, 2023 · Politik

Tan Sri Annuar Musa mengesahkan dirinya sudah mengemukakan permohonan bagi menyertai PAS.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu sebelum ini dipecat UMNO kerana lantang dalam mengkritik Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan spekulasi tercetus sebelum ini berhubung masa depan politiknya.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh memaklumkan sudah menghantar borang keahlian PAS sejak beberapa bulan lalu, kini menunggu kelulusan dari parti itu.

“Bukan 10 orang (bekas pemimpin dan ahli UMNO, tapi) lebih daripada 1,000 bersama-sama dengan saya Insya-Allah pada minggu kedua Jun, kita hanya sekarang sedang menunggu (keputusan) daripada parti PAS.

“Saya mengesahkan saya sudah membuat permohonan (menyertai) PAS, terpulanglah pada PAS untuk menerima saya ataupun tidak kerana saya ini bukan sesiapa pun.

“Keputusan yang saya buat (menyertai PAS) selepas saya meneliti secara dekat dan mendalam senario politik negara dan juga keadaan berlaku dalam politik UMNO itu sendiri,” katanya dipetik laporan berita.

Terdahulu, beliau ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Muafakat Nasional (MN) di ibu negara, yang turut dihadiri ramai pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa Annuar antara lebih 10 bekas pemimpin UMNO sudah mengisi borang permohonan menyertai PAS.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS turut memaklumkan, pengumuman rasmi mengenai penyertaan bekas Ahli Parlimen Ketereh yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO bersama bekas pemimpin UMN0 lain, akan dibuat hujung bulan ini.

Pada 1 Mei lalu, Takiyuddin mengesahkan Annuar sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai PAS, menyusul selepas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan akan bertanding pilihan raya negeri (PRN) di Selangor di bawah tiket PN.

Mengenai bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau berkata bekas Menteri Kesihatan itu diberikan tawaran istimewa oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Bersatu.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
33 minit lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
45 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
1 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok