Akaun TikTok Sanusi boleh diakses kembali

July 17, 2023 · Politik

Selepas tidak boleh diakses pengguna di negara ini sejak Sabtu lalu, hari ini akaun TikTok rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sudah boleh diakses kembali.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) sebelum ini mendakwa akaun TikToknya disekat kerajaan.

Dalam ucapannya sebelum ini, beliau mencabar pihak kerajaan segera mengembalikan akses kepada akaun TikToknya itu untuk bersaing secara sihat menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Melalui satu hantaran di Facebook, beliau memuat naik paparan skrin komen salah seorang pengikut yang memaklumkan akaunnya masih boleh diakses dari Singapura.

“Aik…Ada siapa-siapa lagi yang dok luaq (luar) negara boleh akses juga akaun tu (itu)?,” tanyanya.

Hasil semakan di TikTok, beberapa pengguna yang sedang berada di luar negara memaklumkan mereka masih boleh mengakses akaun ADUN Jeneri itu.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya tidak menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok milik Muhammad Sanusi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menafikan kerajaan menyekat akaun TikTok itu.

Sementara itu, Muhammad Sanusi sempat mencipta akaun kedua di TikTok sebaik akaun pertamanya dengan hampir 450,000 pengikut itu disekat dengan nama ‘sanusimdnor74’.

Kurang 24 jam, akaun baharu itu sudah meraih lebih 170,000 pengikut setakat ini.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
9 jam lalu· Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
‘Bahaya jika DAP perintah negara’
November 18, 2022
Ramai bekerja di Selangor datang dari Kelantan dan Terengganu: Shabery
June 19, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok