25 individu dalam perhimpunan aman sudah dikenal pasti: Polis

September 17, 2023 · Politik

Polis mengenal pasti 25 individu yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan jalanan “Himpunan Aman Selamatkan Malaysia” yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini, 22 orang sudah dihubungi polis pagi tadi dan enam daripadanya akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, lapor Bernama.

“Lima orang termasuk seorang pimpinan sebuah parti politik akan hadir ke IPD Dang Wangi esok, seorang lagi pada 19 Sept (Selasa) manakala yang lain akan dipanggil kemudian … ada seorang YB (Yang Berhormat) (yang terlibat dalam himpunan itu) setuju untuk beri keterangan esok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Ayob Khan berkata perhimpunan itu jelas tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk penganjur tidak memberi notis lima hari sebelum perhimpunan itu berlangsung, selain mengadakannya di tempat larangan iaitu masjid dan membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan itu.

Beliau berkata ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis itu kerana mendakwa di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak asasi untuk berhimpun, namun perlu juga dilihat Artikel 10 (2) iaitu setiap kebebasan untuk berhimpun atau berucap mempunyai had atau batas yang perlu dipatuhi.

“ … kita perlu mengimbangi antara hak asasi dengan keselamatan dan ketenteraman awam. Itu kena jelas dan pihak polis tidak akan bertolak ansur,” katanya yang turut memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berkaitan perhimpunan itu.

Hampir 1,000 peserta perhimpunan itu berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum berarak dengan berjalan kaki ke kompleks beli-belah Sogo.

Perhimpunan yang bermula pada 1.15 tengah hari itu diketuai oleh Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai “Chegu Bard”.

Berita berkaitan
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
22 jam lalu· Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
October 1, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok