14 hari berkempen bagi peluang pengundi menilai

July 25, 2023 · Politik

Kempen pilihan raya adalah satu proses pilihan raya, tidak kira pilihan raya apa sekalipun. Dalam proses ini parti politik atau calon itu sendiri cuba meyakinkan para pengundi mengenai kebolehan atau keupayaan mereka untuk melaksanakan amanah memimpin.

Tujuan utama kempen ialah supaya pengundi memilih mereka. Justeru itu, dalam kempen mereka, parti-parti atau calon-calon mereka akan menampilkan parti atau diri mereka sebagai yang terbaik.

Parti politik menggunakan strategi masing-masing bagi mencapai hasrat menanam kepercayaan pengundi, memenangi hati pengundi, mendapat undi dan seterusnya memenangi kerusi yang ditandingi.

Dalam pada itu, tempoh 14 hari berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri disifatkan sebagai sesuai sejajar suhu politik semasa.

Disamping itu, pemerhati politik berpandangan negara yang tidak lagi terikat suasana pandemik Covid-19 yang tidak lekang dengan pengenalan pelbagai sekatan pergerakan, sekali gus merasakan jangka masa itu memadai untuk parti politik berkempen dan mendekati pengundi

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata tempoh 14 hari berkempen yang ditetapkan SPR sangat wajar jika mengambil kira suhu politik pada masa ini.

Beliau berpandangan parti politik kini sudah pun memulakan kempen masing-masing melalui perjumpaan, perhimpunan dan ceramah melalui siri jelajah ke seluruh negara walaupun tarikh sebenar penamaan calon pada 29 Julai ini.

“Pada pendapat saya ia sangat wajar berasaskan suhu politik negara sekarang apabila semua parti politik sudah pun mula berkempen walaupun belum hari penamaan calon yang rasmi 29 Julai ini.

“Kita dapat lihat bendera parti politik sudah berselerak digantung di enam negeri yang akan terbabit PRN, malah sudah ada sesi ceramah, perhimpunan melalui permit politik,” katanya.

Mengulas tempoh 14 hari berkempen itu, katanya, tempoh paling minimum untuk berkempen adalah 11 hari seperti yang ditetapkan dalam peraturan perjalanan pilihan raya.

Justeru, katanya, tambah 14 hari sangat logik dan bersesuaian dengan hari mengundi ditetapkan pada Sabtu dengan mengambil kira lokasi pengundian banyak dilakukan di sekolah.

“Saya percaya parti politik juga akan memberikan reaksi positif dengan penetapan tarikh itu, malah tempoh dua minggu ini juga dilaksanakan untuk PRN di Sabah, Melaka dan Johor,” katanya.

Antara strategi kempen yang biasa digunakan ialah kempen rumah ke rumah, kempen selama 24 jam dari masa tarikh penamaan calon sehingga malam terakhir sebelum pilihan raya, tiada sekatan untuk berkempen menggunakan internet, tiada had menggunakan flier dan penggantungan poster dibenarkan di merata tempat selagi tidak mengganggu ketenteraman atau keselamatan awam.

Dalam proses berkempen, pihak-pihak akan menyebarkan manifesto masing-masing sebagai salah satu daripada strategi berkempen.

Manifesto adalah pernyataan bertulis yang diwacanakan kepada awam mengenai suatu kepercayaan, dasar dan segala apa yang mahu dilaksanakan oleh parti politik berkaitan sekiranya mereka memenangi suatu pilihan raya. Justeru, manifesto dianggap sebagai surat cara parti untuk disampaikan kepada para pengundi atau rakyat keseluruhannya.

Ringkasnya manifesto adalah ‘aku janji’ parti-parti politik. Sebagai pengundi, kita belajar untuk terus rasional dalam menilai dan memahami serta membandingkan manifesto parti-parti politik.

Sudah pasti ramai mengharapkam tiada lagi parti politik yang mengabaikan manifesto mereka sekiranya memenangi pilihan raya nanti walaupun secara undang-undang parti-parti politik tidak terikat dengan aku janji mereka dalam manifesto tersebut. Namun, kata pepatah, kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
Tohmahan dibuat untuk tutup kepincangan isu lantik anak jadi penasihat: Muhyiddin
February 9, 2023
Anwar kata tak peduli jika tindakan dianggap bermotif politik: Laporan
March 11, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok