Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15

April 4, 2021 · Politik

Sekali lagi nama UMNO tidak disebut dalam kenyataan media susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi. Apapun, hari berganti hari selepas seminggu PAU melabuh tirai, UMNO dilihat semakin dipinggirkan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata:

“Bersatu bersetuju melantik 12 wakilnya diketuai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menganggotai Jawatankuasa Permesyuaratan Bersatu-PAS peringkat pusat untuk membincangkan strategi kedua-dua parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).”

Kenyataan itu sekali gus menunjukkan Bersatu dan PAS yang menjadi tonggak kerajaan PN mula mengetepikan kehadiran UMNO yang telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong Bersatu dan gabungan parti itu.

Pada masa sama MPT Bersatu mengulangi komitmen memperkukuhkan kerjasama antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

“Bersatu juga bersiap sedia untuk membantu rakan politik lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang setia menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang,” katanya,

Sementara itu, Bersatu menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyegerakan pelaksanaan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

Langkah itu perlu sebagai mengiktiraf peranan serta pembabitan golongan muda dalam politik.

“MPT Bersatu menegaskan bahawa parti mengiktiraf peranan serta penglibatan aktif anak muda dalam bidang politik dan aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
4 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok