1 Julai tahun depan pendengaran rayuan Zuraida diarah bayar perintah RM10 juta

October 11, 2023 · Politik

Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

Peguam Navpreet Singh yang mewakili PKR, ketika dihubungi memberitahu Bernama tarikh pendengaran rayuan itu ditetapkan berikutan pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman pada Isnin, lapor Bernama.

Beliau berkata pihak dalam rayuan telah diarah mengemukakan hujahan bertulis masing-masing sebelum tarikh pendengaran rayuan.

Pada 23 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR selepas membenarkan saman parti politik itu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu sah dan kontrak yang mengikat. Beliau turut mengarahkan bekas Ahli Parlimen Ampang itu membayar kos guaman RM50,000.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 bagi pihak parti untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.

Dalam pernyataan tuntutan, Saifuddin mendakwa Zuraida telah menandatangani bon sebanyak RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

Terma itu antara lain, Zuraida bersetuju untuk membayar parti itu sejumlah RM10 juta tidak lewat daripada tujuh hari selepas memenangi pemilihan atas tiket PKR dan kemudian meletak jawatan daripada parti atau menyertai mana-mana parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Zuraida, dalam pembelaannya, mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan parti itu untuk menjadi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Dalam keputusannya, Akhtar berkata dakwaan Zuraida bahawa beliau menandatangani bon itu di bawah paksaan adalah tidak berasas.

Mahkamah mendapati bon itu adalah perjanjian sah yang mengikat defendan (Zuraida) untuk membayar RM10 juta seperti yang dijanjikan jika keahliannya ditamatkan selain memutuskan reputasi keahlian defendan adalah disebabkan oleh salah laku defendan sendiri .

Berita berkaitan
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok