VIDEO: Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki

April 19, 2021 · Isu semasa

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 6.21 pagi tadi.

Pihak pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dalam kenyataan di laman Instagram rasminya memberitahu bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

“Siti dan bayi dalam keadaan baik dan sihat. Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” kata kenyataan itu.

Suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar,” katanya.

Penyanyi nombor satu negara itu hamil bayi keduanya melalui proses In-Vitro Fertilization (IVF) atau persenyawaan in-vitro.

Siti dan Khalid berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.

Berita berkaitan
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Portal hiburan, Rotikaya dipanggil SKMM berhubung artikel Siti Nurhaliza
May 2, 2023· Isu semasa
Tular dua beradik tersepit bawah konkrit di Turkiye rayu diselamatkan
February 8, 2023· Dunia
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok