Vaksin: Pejabat Muhyiddin jawab serangan Abu Syafiq

January 14, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan seorang ustaz yang mendakwa beliau dan delegasi tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 atau Meningococcal Meningitis ketika mengerjakan umrah pada Mac tahun lalu.

Malah, mantan Perdana Menteri itu menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin pada pelancaran Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), 24 Februari 2021.

Muhyiddin pada hari pelancaran itu menerima suntikan vaksin Pfizer di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Persint 11, dilakukan Ketua Jururawat Kesihatan PKD berkenaan, Lina Ibrahim, serta turut mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Pegawai khas kepada mantan Perdana Menteri itu, Mohd Naaim Mahmod berkata Muhyiddin dan semua delegasi telah menerima suntikan dos pertama vaksin sebelum berangkat ke Arab Saudi.

Sementara, suntikan vaksin Meningococcal Meningitis pula tidak diwajibkan, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Dakwaan Ustaz Abu Syafiq bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan delegasi tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 atau vaksin Meningococcal Meningitis ketika mengerjakan ibadah umrah pada bulan Mac 2021 adalah tidak benar.

“Tan Sri Muhyiddin dan semua delegasi telah menerima suntikan dos pertama vaksin untuk Covid-19 sebelum berangkat ke Arab Saudi dan menerima suntikan kedua vaksin sekembali ke tanah air, manakala vaksin Meningococcal Meningitis tidak diwajibkan,” katanya.

Mohd Naaim menjelaskan pada masa itu, Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi tidak mengenakan syarat lengkap suntikan vaksin Covid-19 atau vaksin lain untuk mana-mana pengembara yang ingin melakukan perjalanan ke Arab Saudi.

Menurutnya, lawatan kerja rasmi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 ke Arab Saudi dibuat atas undangan kerajaan Arab Saudi tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ketat termasuk melakukan ujian PCR sebelum, semasa dan selepas lawatan.

“Hasil ujian PCR mendapati semua delegasi adalah negatif Covid-19.

“Pergerakan delegasi di Arab Saudi juga dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi di dalam suatu gelembung perjalanan (travel bubble) yang telah ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, tular tuduhan Abu Syafiq bahawa mantan Perdana Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang lain tidak mengambil vaksin ketika menunaikan umrah.

“PDRM, KKM dan Menteri Agama wajib siasat mantan PM Muhyiddin Yassin dan rombongan. Mereka Pergi umrah baru-baru ini tak vaksin MM langsung.

“Nak siasat sangan kat. Siasatlah! Biar saya bongkar geng kerajaan lah yang tak vaksin MM bila datang Saudi. Mula nak tutup buku?,” tuduh Abu Syafiq.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 24 Februari 2021 dilakukan Ketua Jururawat Kesihatan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Persint 11, Lina Ibrahim.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok