Ujian Covid-19 murid sekolah rendah dibenarkan di rumah: Radzi Jidin

January 11, 2022 · Isu semasa

Murid sekolah rendah akan dibenarkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah bermula minggu ini, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM), para murid yang dipilih kemudiannya perlu mengemukakan hasil ujian saringan berkenaan kepada pihak sekolah, menurut laporan Bernama.

“Kit ujian akan disediakan oleh pihak sekolah. Pendekatan baharu ini akan mula dilaksanakan pada minggu ini dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan keluarkan kenyataan media untuk menjelaskan perkara itu,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.

Beliau berkata berdasarkan Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan KKM sebelum ini, 10 peratus murid sekolah rendah dipilih secara rawak setiap minggu untuk menjalani ujian kendiri Covid-19 yang dilaksanakan di sekolah mulai 1 Dis tahun lepas.

Pelaksanaan ujian kendiri itu hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM dan dibuat dengan pemantauan guru.

Mengulas lanjut, Radzi berkata pelaksanaan pendekatan baharu ini memerlukan ibu bapa berperanan memastikan ujian saringan Covid-19 dilaksana dengan teratur dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM supaya sesi persekolahan dapat berlangsung dengan selamat.

“Jika ia tidak dilaksana mengikut tatacara yang ditetapkan, yang akan terkesan bukan sahaja anak saudara-saudari tetapi kawan-kawan serta guru mereka di sekolah,” katanya dalam video berdurasi lebih dua minit itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Aduan majikan tidak benar bekerja dari rumah banyak
June 27, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
16 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
16 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok