Tunjuk kemaluan, petugas pusat jagaan yatim didakwa 100 pertuduhan

June 3, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga petugas pusat jagaan anak yatim didakwa 100 pertuduhan melibatkan 34 kes amang seksual dan menunjukkan kemaluan kepada dua kanak-kanak lelaki sejak November hingga April lepas.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini lapor Bernama, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Pada prosiding hari ini, semua pihak terlibat mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) berikutan lelaki itu yang disahkan positif COVID-19 baru selesai menjalani tempoh kuarantin pada hujung Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa atas 98 pertuduhan melakukan amang seksual dan dua lagi pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada dua adik-beradik lelaki berusia 10 dan 13 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi antaranya pangsapuri di Cameron Highlands, Pahang dan pusat jagaan berkenaan di Ipoh antara 1 Nov 2020 hingga 9 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 15(a) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail tidak menawarkan jaminan, mengambil kira jumlah pertuduhan yang menunjukkan kesalahan berulang bagi kes sama serta menggambarkan tertuduh mempunyai minat cenderung kepada kanak-kanak atau pedofilia.

Mohd Waffy turut memohon kepada mahkamah supaya satu tarikh sebutan semula ditetapkan dalam tempoh tiga bulan bagi membolehkan tertuduh bebas daripada COVID-19.

Bagaimanapun, peguam Robert S Gnananarajan yang mewakili tertuduh memohon supaya jaminan dibenarkan kepada anak guamnya kerana kes tersebut bukan kes yang tidak boleh dijamin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM34,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 3 Sept depan bagi sebutan semula kes itu.

Media yang ditempatkan di kamar mahkamah berasingan membuat liputan kes itu menerusi rakaman prosiding yang disuap secara langsung dan kerja-kerja sanitasi dilakukan di sekitar mahkamah selepas proses pendakwaan berakhir.

Berita berkaitan
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Jana Wibawa : Wan Saiful mohon batal pertuduhan mahkamah
May 31, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok