Trafik masih perlahan malam ini

May 8, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik direkodkan masih tinggi di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang susulan orang ramai mengambil peluang tol percuma di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bermula tengah malam semalam hingga esok untuk pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata setakat 9.30 malam ini di PLUS, kenderaan bergerak perlahan dari Pendang ke kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun, Gurun ke Sungai Petani, Permatang Pauh ke Perai, Kuala Kangsar ke Sungai Perak, Ipoh Utara ke Simpang Pulai dan dari Gopeng ke RnR Tapah.

Bagi aliran trafik dari arah selatan pula, peningkatan jumlah kenderaan direkodkan dari Yong Peng ke Ayer Hitam, Machap ke Kulai serta Tangkak ke Jasin dan dari Hentian Pedas Linggi ke Seremban, lapor Bernama.

Sementara itu, bagi aliran trafik dari Pantai Timur, aliran trafik tinggi berlaku di Persimpangan Bentong Timur menuju ke Bukit Tinggi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Berita berkaitan
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Lebuh raya utama seluruh negara masih tinggi aliran trafik
April 24, 2023· Isu semasa
NGO cenderung sokong PH gesa PMX tarik diri dalam lembaga pengampunan
April 12, 2023· Politik
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok