TLDM usir 21 bot nelayan asing ceroboh perairan Pulau Perak

April 18, 2022 · Isu semasa

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengekang cubaan 21 buah Bot Nelayan Asing (BNA) daripada menceroboh perairan negara berhampiran perairan Pulau Perak, Kedah, petang semalam.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan penyaluran maklumat yang pantas menerusi Pusat Kawalan Maritim (MCC) Barat telah mengatur gerak aset terdekat – Kapal Diraja (KD) Jebat – untuk ke lokasi pengesanan awal BNA itu di sekitar perairan selatan Pulau Perak, kira-kira jam 4.30 petang.

“Setiba di posisi pengesanan, KD Jebat mempamerkan kecekapan menerusi tindakan pengusiran ke atas tiga BNA di lapangan dan kekal membayangi BNA sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

“Baki 18 buah BNA lagi yang dilaporkan, dipercayai telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran dan keberadaan aset pertahanan maritim negara,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, Pulau Perak terletak di Selat Melaka antara Pulau Sumatera di Indonesia dan Semenanjung Malaysia, dengan anggota tentera turut ditempatkan di situ.

Sebelum itu, pesawat B200T (RMF 377) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan keberadaan 21 BNA berkenaan di dua posisi berbeza iaitu pada 36 batu nautika delatan Pulau Perak dan 40 batu nautika Barat Laut Pulau Jarak, kata kenyataan itu.

“Maklumat pengesanan disalurkan kepada komponen maritim bagi tujuan tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Angkatan Tentera Malaysia tidak akan berkompromi dalam aktiviti yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara.

“TLDM bersama agensi penguat kuasa maritim yang lain sentiasa memperkasa kesiapsiagaan aset-aset Op Benteng Laut demi menjaga perairan dan kedaulatan negara,” kata TLDM.

Berita berkaitan
PAC lawat tapak bina LCS esok
15 jam lalu· Isu semasa
SAM gesa batalkan terus PSI, kecilkan pun tetap jejas alam
May 11, 2023· Isu semasa
NGO Pulau Pinang tolak cadangan PMX supaya projek tambak dikecilkan
May 7, 2023· Isu semasa
Kenapa PMX tak hiraukan suara bantahan rakyat, kata Gerakan
April 29, 2023· Politik
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok