Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?

February 17, 2022 · Isu semasa

Meskipun ditawarkan gaji sehingga RM1,700 di samping menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun ia belum cukup untuk menarik warga tempatan bekerja sebagai pembantu rumah.

Walaupun rakyat Malaysia kini berhadapan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan akibat kesan pandemik Covid-19, namun terdapat dalam kalangan mereka masih memilih kerja termasuk perkhidmatan pembantu rumah.

Analisis Data Raya Job Market Insights dan My Job Profile: Lanskap Penawaran Pekerjaan di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati, kekosongan jawatan yang diiklankan secara online mening­kat mendadak pada suku kedua 2021 iaitu sebanyak 90,502 berbanding 19,169 suku kedua 2020.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu melangkaui jumlah kekosongan jawatan yang diiklankan pada suku keempat 2019 iaitu 90,437 sebelum bermulanya pandemik.

Sementara, kira-kira 200 pe­ngusaha restoran nasi kandar di Pulau Pinang juga tertekan apabila kehilangan separuh dari­pada tenaga kerja selepas pekerja­ warga asing pulang ke negara asal sejak Covid-19 tercetus.

Lebih memburukkan keadaan apabila restoran-restoran berke­naan yang sebelum ini lengang dan hanya didatangi pelanggan tempatan ekoran sekatan Perintah Kawalan Pergerakan kini sesak hampir setiap hari.

Pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, masyarakat sepatutnya mengubah persepsi dan berhenti daripada melihat kejayaan terutamanya dalam bidang pekerjaan seseorang melalui perkara fizikal semata-mata.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada pemikiran masyarakat negara maju yang tidak bergantung kepada benda fizikal untuk mendefinisikan kejayaan.

“Kita juga perlu merubah minda dan melihat seperti mana pekerja asing melihat negara kita sebagai ‘lubuk emas’.

“Sekiranya kita dapat ubah persepsi, peluang pekerjaan yang kosong pasti dapat diisi dengan mudah oleh rakyat tempatan yang secara tidak langsung akan melonjakkan ekonomi negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan, ketika ini seorang pekerja restoran nasi kandar perlu­ melakukan sekurang-kurang­nya tiga tugasan.

“Ia mengakibatkan kepantasan dan kecekapan bahagian penyediaan makanan terganggu dan pelanggan perlu beratur le­bih lama untuk menunggu giliran.

“Situasi akan menjadi lebih ‘tenat’ apabila cuti sekolah tiba nanti dan pengunjung pastinya akan lebih ramai datang ke Pulau Pinang,” katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun negara kita mempunyai ba­nyak tenaga kerja tempatan yang masih menunggu untuk mengisi kekosongan, namun mereka dilihat tidak berminat.

“Banyak pengusaha mengiklankan jawatan kosong sejak Oktober lalu, tetapi tidak ramai rakyat tempatan yang mahu mengisi 4,000 kekosongan.

“Hanya beberapa orang yang menghubungi untuk berta­nyakan mengenai pekerjaan, itu pun sangat cerewet dan memilih tugasan.

“Apabila diberitahu kekosongan jawatan untuk pelayan, mereka tidak mahu, hanya mahu bekerja sebagai juruwang dan mahukan gaji yang tinggi,” katanya.

Berita berkaitan
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Pekebun ditipu RM132,000 selepas ditawar kerja sambilan tidak wujud
November 10, 2023· Isu semasa
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok