Tips keselamatan makanan semasa banjir

Hujan lebat berterusan di negeri di pantai timur baru-baru ini menyebabkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Kelantan kembali dilanda banjir. Sebelum ini, Terengganu mengalami empat gelombang banjir sepanjang musim tengkujuh bermula November 2021 hingga awal bulan lalu.

Kebanyakan penduduk menyifatkan banjir kali ini sebagai kejadian luar biasa kerana banjir yang biasanya berlaku pada akhir tahun sekali lagi berlaku pada akhir Februari baru-baru ini.

Trend hujan dan kebarangkalian banjir itu berlaku agar sukar diramal secara tepat kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan menuntut semua penduduk sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir. Kesan banjir menjadi lebih ketara apabila masyarakat yang terjejas kurang bersedia dan kurang berdaya tahan menghadapinya sehingga ramai penduduk kehilangan nyawa dan harta.

Antara langkapĀ  yang perlu diutamakan ketika banjir ialah keselamatan makanan ketika banjir. Berikut merupakan 10 tips daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya anda kekal sihat dan selamat ketika banjir.

1. Sentiasa minum

Minum air yang telah dimasak atau terawat yang dibotolkan. Penggunaan air mineral adalah digalakkan.

2. Makan makanan

Makan makanan yang telah dimasak sahaja.

3. Buang makanan

Makanan yang telah terendam dengan air banjir atau rosak.

4. Elakkan makan

Elakkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang belum dimasak.

5. Tutup makanan

Tutup makanan supaya tidak dicemari makhluk perosak seperti lipas, lalat, tikus dan sebagainya.

6. Pastikan penyediaan

Pastikan penyediaan susu yang selamat untuk anak anda.

7. Percayakan deria anda
Percayakan deria anda dan amalkan ‘lihat, hidu dan rasa’.

8. Jangan makan

Jangan makan makanan yang dihidang lebih 4jam.

9. Jaga kebersihan diri

Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

10. Jaga kebersihan

Sentiasa jaga kebersihan kawasan persekitaran.

BERITA BERKAIT
POPULAR