Tindakan tegas jika aduan sogokan Ahli Parlimen PH palsu, fitnah

August 9, 2021 · Isu semasa

Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan kesalahan rasuah serta laporan palsu berhubung dakwaan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) ditawarkan wang untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh terhadap semua laporan polis yang telah dibuat.

“Selain merujuk laporan-laporan polis tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM), siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memastikan tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan jenayah, termasuk pihak yang membuat laporan polis yang palsu dan fitnah.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada dakwaan beberapa Ahli Parlimen PH yang telah menerima mesej berunsur rasuah melalui aplikasi WhatsApp, yang menawarkan wang lumayan supaya menyokong kerajaan PN.

Terdahulu, laporan menyebut SPRM sudah menemui tiga Ahli Parlimen DAP berhubung dakwaan rasuah berbentuk wang dan jawatan dalam kerajaan PN.

Manakala polis Perak turut mengesahkan menerima laporan yang dibuat Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran pada Sabtu lalu.

Kulasegaran mendakwa beliau dihubungi seorang individu tidak dikenali yang menawarkan ganjaran sekiranya memberi sokongan kepada kerajaan PN.

Beliau mendakwa tawaran itu dibuat menerusi telefon setiausahanya, Jeremy Chuah pada Jumaat. Antara tawaran tersebut adalah ganjaran wang berjumlah RM30 juta, kedudukan sebagai menteri serta pelbagai insentif lain.

Antara yang dilapor menerima mesej seperti itu ialah Ahli Parlimen Ipoh Utara Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.

Berita berkaitan
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Diugut SPRM punca MP Kuala Kangsar terpaksa sokong PMX: Hamzah
October 13, 2023· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Kalah teruk PRN, Hamzah bidas UMNO-BN sedang alami ‘sindrom penafian’
August 26, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok