
Hamzah terdahulu mengiringi calon PN bagi kerusi Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar.
Selepas prestasi teruk semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, nampaknya UMNO-Barisan Nasional (BN) masih berdepan ‘sindrom penafian’, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu berkata UMNO-BN masih tidak sedar diri untuk menerima hakikat rakyat menolak mereka yang berkahwin politik dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam kerajaan campuran sehingga ditolak rakyat semasa PRN lalu.
“BN boleh sahaja kata PN sebagai syok sendiri, namun sebenarnya mereka yang alami ‘denial syndrome’ (sindrom penafian).
“Masa PRN pun mereka (BN) kata kita (PN) syok sendiri. Kita tak ambil kisah, itu bualan mereka.
“Tak apalah jika BN mahu percaya begitu, tetapi hakikatnya merekalah yang syok sendiri,” katanya dipetik laporan BH.
Jelasnya, keputusan semasa PRN 12 Ogos lalu sudah memberi isyarat jelas berlaku pola perubahan pengundian orang Melayu yang memihak PN.
Hamzah terdahulu mengiringi calon PN bagi kerusi Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar.
Hadir sama, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Rabu lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, dilaporkan berkata dakwaan gelombang PN bakal melanda Johor di PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, bagai bermimpi di siang hari.
Nur Jazlan dilaporkan berkata PN tiada kekuatan di negeri ini.
Katanya, kekuatan PN di Johor hanya berkisar di bahagian Utara Johor iaitu Pagoh menerusi Ahli Parlimennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Parlimen Mersing.