Syarikat MNC Jerman minat labur di Kedah

June 16, 2023 · Isu semasa

Kedah akan menjadi lokasi penting apabila syarikat multinasional (MNC) dari Jerman berminat untuk melabur di negeri itu.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian selepas bertemu syarikat tersebut dua hari lalu di Jerman.

Tambah beliau, jumlah keseluruhan yang bakal dilaburkan akan diumumkan sendiri oleh syarikat tersebut.

“Ada yang kata pelaburan yang masuk ke Kedah ini kerja Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), ianya kurang tepat kerana MIDA adalah agensi persekutuan dan mempromosikan Malaysia bukan negeri,” ujar Sanusi dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Khemah, Meja dan Kerusi kepada MKK di bawah program Sejahtera Komuniti Tahun 2023 di Wisma Darul Aman di sini pada Khamis.

Jelasnya, syarikat-syarikat itu memilih untuk melabur di negeri Kedah kerana tertarik pada promosi-promosi yang dilaksanakan oleh Kedah.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan bahawa Kedah mempunyai kumpulan pemasaran yang cekap di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan Invest Kedah untuk menarik para pelabur.

Kata Muhammad Sanusi, pihak kerajaan akan mencari tapak yang sesuai untuk syarikat itu melabur dan kemungkinan adalah di kawasan KHTP.

“Jika pelabur tidak dapat masuk kerana ada masalah dengan tapak, bukan Kedah sahaja yang rugi tetapi Persekutuan turut rugi kerana hasil cukai import eksport diperoleh kepada pihak Persekutuan,” jelas Menteri Besar.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
9 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok