Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam

April 10, 2021 · Isu semasa

Bapa mana tidak sedih jika anaknya berkahwin senyap-senyap dan lebih mengecewakan perkara tersebut diketahui menerusi media sosial sahaja.

Perasaan itu lah yang dirasai Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan selepas mendapat berita anak perempuannya, Serina Redzuawan yang bernikah di negara jiran, Siam baru-baru ini.

Hati Chef Wan bagai dipanah peti selepsa mendapat perkhabaran berhubung perkahwinan anaknya itu.

“Hati saya bagai dipanah petir ketika itu. ‘Nak nikah rumah papa untuk urusan nikah semula di Malaysia sahaja’.

“Terus saya tak jawab apa dia beritahu,” kata Chef Wan.

Chef Wan berkata tidak pernah melarang anaknya itu untuk bernikah.

“Sebagai seorang ayah tentulah apa yang mereka lakukan sangat mengecewakan. Pergi nikah di Siam dah lama tu baru beritahu bapanya, bagus budi bahasa anak jenis begini?” luahnya.

Beliau bagaimanapun tetap mengharapkan yang terbaik buat perkahwinan kedua anaknya ini.

“Sekarang ini, suka hati kau orang lah. Kau orang pun dah tua masing-masing tahu dan bertanggung jawab dengan apa yang kau orang lakukan ini semua especially behind my back.

“Sejauh mana awak sudah menyakitkan saya, saya akan tetap telan sahaja. Apa pun saya akan tetap mengharapkan kamu berdua melalui perkahwinan yang bahagia. Pada tahap ini semua ibu bapa juga akan berkongsi perasaan yang sama,” tambahnya.

Sementara itu, Serina melalui Instagram hari ini mengesahkan dia sudah bernikah kali kedua dan turut berterima kasih atas restu bapanya

Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 dan bercerai pada Ogos 2017.

Berita berkaitan
Chef Wan geram suruh Serina buka hijab
April 10, 2021· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok