Syarat diletak PN untuk lantik PM selari dengan Perlembagaan

August 20, 2021 · Isu semasa

Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mengingatkan pihak tertentu supaya tidak sesuka hati menambah perkara yang tiada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan peguam yang mendakwa sokongan Perikatan Nasional (PN) kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai tidak sah kerana mengenakan syarat.

“Saya tak faham kenapa sesetengah pihak mengatakan sokongan PN kepada DS Ismail Sabri adalah tidak sah semata-mata kerana syaratnya ialah pertama Menteri yang bakal dilantik mestilah bebas daripada pertuduhan jenayah dan kedua kerajaan PN mesti terus hormat prinsip pengasingan kuasa, kebebasan badan kehakiman dan Raja Berperlembagaan,” katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana proses pelantikan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi calon Perdana Menteri (PM) Ketujuh setelah PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, Dr Mahathir diangkat sebagai PM Ketujuh dengan syarat beliau melantik Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menyerahkan jawatan PM kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Satu dunia tahu syarat ini yang ditandatangan on the dotted lines oleh semua ketua parti PH sebelum PRU14. Tun M dilantik sebagai PM7 atas syarat ini dan pelantikannya adalah sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beberapa pemimpin dan peguam pro-PH, Ambiga Sreenevasan, mendakwa sokongan PN terhadap Ismail Sabri sebagai calon PM tidak sah kerana meletakkan syarat tertentu. Mereka tidak pula membangkitkan perkara itu ketika Dr Mahathir dilantik ke jawatan PM Ketujuh.

Dakwaan itu dibuat setelah PH gagal meraih sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Rakyat bagi menuntut jawatan PM diberikan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut Dr Marzuki memberi alasan bahawa antara sumpah jawatan PM ialah mesti berikrar untuk menjunjung Perlembagaan.

“Pengasingan kuasa dan kebebasan badan kehakiman adalah sebahagian daripada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mesti dijunjung oleh mana-mana PM yang dilantik,” katanya.

Dr Marzuki berkata sebelum Jemaah Menteri dilantik, pemeriksaan teliti akan dibuat bagi memastikan bakal Menteri tidak mempunyai rekod jenayah, bebas daripada rasuah, bersih bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukan seorang yang bankrap.

“Ini selari dengan syarat PN. Ia bukan perkara luar biasa. Kalau tak buat itu luar biasa,” katanya lagi.

Katanya beliau juga mencari di dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perkataan “unconditional confidence of the majority” atau kepercayaan majoriti tanpa syarat.

“Saya tak jumpa perkataan “unconditional”. Yang saya jumpa hanyalah perkataan “confidence of the majority” atau kepercayaan majoriti.

“Jadi, janganlah kita suka-suka tambah perkara yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Tiada guna undang-undang anti lompat, takkan Speaker nak isytihar kerusi kosong
November 11, 2023· Rencana
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok