Stok penimbal ubat kerajaan mula diagih kepada klinik swasta

July 22, 2022 · Isu semasa

Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd telah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata punca kekurangan ubat-ubatan adalah disebabkan permintaan di luar jangkaan terutamanya ubat demam, batuk dan selesema, jika dibandingkan sebelum tercetusnya pandemik Covid-19.

“Kalau pergi ke klinik swasta dan ada jual Paracetamol yang ada cap KKM (Kementerian Kesihatan), memang kita jual kepada mereka daripada stok penimbal.

“Ada Paracetamol, akan ada sirap batuk (dan) yang ada cap KKM itu memang sah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hematogenix Malaysia iaitu makmal penyelidikan klinikal onkologi pusat yang pertama di Malaysia, di Cyberjaya hari ini.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata pengagihan ubat-ubatan akan didahulukan kepada klinik-klinik dan hospital swasta yang mengalami kekurangan ubat.

Mengenai situasi jangkitan influenza dalam negara, beliau berkata sebanyak 213 kluster dilaporkan di sekolah rendah dan menengah sehingga Minggu Epidemiologi 29/2022 (17 Jul hingga 23 Jul), 16 kluster di tadika dan 10 kluster di institusi latihan atau kolej.

“Tahun ini ada peningkatan ketara (jangkitan influenza). Ini adalah disebabkan tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli pembukaan sekolah. Ia mendedahkan rakyat terutamanya kanak-kanak yang mungkin tahap imuniti mereka agak rendah, setelah dua tahun berkurung di rumah,” katanya.

Mengenai tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor di Pahang, Khairy berkata KKM akan membuat laporan polis terhadapnya dan mengambil tindakan sewajarnya.

Tular di TikTok dan Facebook mengenai seorang individu mendakwa dirinya seorang pakar perubatan dalaman UD56 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dan menerusi mesej tular, lelaki itu didakwa menjual barangan perubatan dengan harga mahal.

Satu semakan menerusi sistem Majlis Perubatan Malaysia (MMC) turut mendapati nama individu itu tiada dalam rekod.

Mengenai status Hospital Cyberjaya, Khairy berkata satu pengumuman mengenainya akan dibuat bulan hadapan.

Pada November tahun lepas, Khairy dilaporkan berkata KKM akan membuka permintaan untuk cadangan (RFP) bagi model pengoperasian Hospital Cyberjaya kepada pakar dan juga syarikat perubatan swasta, termasuk cadangan bagi perolehan perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya yang layak pada kadar hospital kerajaan. – Bernama

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
8 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok