Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman

February 13, 2023 · Isu semasa

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama dibangkitkan bekas pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di media sosial baru-baru ini.

Walaupun bekas pemain tersebut telah meminta maaf, Hannah sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan individu yang pernah berada di bawah naungan BAM pada 2014 dan kini dilaporkan tidak menetap di Malaysia.

“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan, walaupun beliau sudah meminta maaf.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.

“Saya ulangi pendirian, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara adalah sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Ciapannya itu susulan kekesalan orang ramai terhadap kenyataan rasis dibuat individu terbabit yang tular sejak dua hari lalu, selepas perkongsian video dibuat seorang pemilik akaun di Tik Tok.

Pemilik akaun memaklumkan menerusi terjemahan, individu terbabit dikenali Bong Guang Yik yang menjadi jurulatih badminton di China didakwa berkata, dalam Malaysia Open (Terbuka Malaysia) tiada pemain Malaysia ke pusingan akhir.

“Yang ini masalah pemain atau BAM. Masalah yang paling teruk ialah BAM. Saya rasa ini sebab Melayu yang jadi management (pengurusan) BAM,” katanya.

Sebelum ini, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini susulan memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Hanis sebelum ini mengakui memuat naik ciapan komen ‘bau best la kat dalam tu’ berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert yang dimuat naik oleh sebuah portal berita.

Ciapan itu dibuat menyusuli komen netizen lain pada muat naik berkenaan.

Hanis menegaskan tidak mempunyai sebarang sentimen perkauman ketika memuatnaik ciapan yang sekadar jenaka dan merujuk kepada keadaan stadium dipenuhi puluhan ribu penonton.

Ekoran daripada teguran itu, Hanis memadam komen berkenaan pada 29 Januari dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman media sosialnya ekoran kekhilafan itu.

 

Berita berkaitan
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
10 jam lalu· Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
3 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
6 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok