SPRM bekerjasama dengan Bank Negara siasat Pandora Papers

October 17, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi lain bagi menyiasat pendedahan Pandora Papers yang melibatkan rakyat Malaysia.

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, SPRM menjelaskan pihaknya juga akan meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat lanjut berkaitan isu itu.

“SPRM akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dengan mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“Sehubungan itu, SPRM juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama dengan Suruhanjaya ini sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan bersikap terbuka dan tidak akan mencampuri serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kandungan dan pendedahan Pandora Papers baru-baru ini.

Baru-baru ini terdapat laporan pendedahan yang dijalankan pihak International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) telah memetik beberapa figura penting negara berkaitan pemilikan akaun luar pesisir, sepanjang 25 tahun lalu.

Antara individu yang dikaitkan menerusi pendedahan berikut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.

‘Pandora Papers’ mendedahkan, termasuk 6.4 juta dokumen, tiga juta imej, lebih sejuta e-mel dan hampir setengah juta spreadsheet. Berita berkaitan

Ia turut mendedahkan bagaimana beberapa orang paling berkuasa di dunia – termasuk lebih daripada 330 ahli politik dari 90 negara – menggunakan syarikat luar pesisir untuk menyembunyikan kekayaan mereka.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok