Situasi banjir di Johor dan Melaka semakin pulih, mangsa menurun

January 13, 2022 · Isu semasa

Bilangan mangsa banjir yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Melaka pada petang ini menurun kepada 649 orang berbanding 720 orang pagi tadi, menurut laporan rangkuman Bernama.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir semakin berkurang kepada 636 orang setakat 4 petang ini berbanding 705 individu pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata tiga daerah masih terjejas banjir melibatkan 17 PPS dengan Muar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 321 orang, diikuti Segamat (303) dan Tangkak (12).

“Bagaimanapun, stesen Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar yang merekodkan paras amaran kini menunjukkan trend penurunan. Selain itu, cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk di daerah terjejas banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Jalan Felda Bukit Aping di Kota Tinggi masih ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh.

Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata mangsa banjir di Melaka menurun kepada 13 orang daripada tiga keluarga pada pukul 4 petang ini dan kesemua mangsa ditempatkan di satu PPS di Jasin.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok