‘Semak hansard Parlimen, saya tak kata Menu Rahmah bawa kanser’

February 20, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PAS) Kapar, Dr Halimah Ali sekali lagi menafikan beliau ada mengaitkan inisiatif ‘Menu Rahmah’ dengan penyakit kanser, sebaliknya meminta sesiapa yang mengecamnya merujuk kepada hansard atau rekod rasmi Parlimen, bagi membuktikan kenyataan dibuatnya.

“Tengok hansard, saya tak ada pun kata Menu Rahmah menyebabkan kanser, tengok hansard…” katanya di Dewan Rakyat hari ini (20 Februari 2023).

Halimah yang juga seorang dotor perubatan ketika menjawab serangan ahli Parlimen PH-BN Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, menggesa wakil rakyat itu membersihkan hati.

“Saya tak kata Menu Rahmah sebabkan kanser… dengar betul-betul dan periksa hansard dengan hati yang bersih,” kata Dr Halimah.

Mengikut rekod rasmi Parlimen pada 14 Februari lalu, Halimah menyebut:

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tak banyak, saya nak sebutkan tentang food security dan health security. Ini semuanya keperluan asas. Kita tak mahu – saya selaku doktor perubatan, takut apabila keterjaminan makanan ini mendesak, ada membingungkan kerajaan. Kita tidak mahu shortcut, kita tidak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality. Saya tidak ada masalah dengan istilah “rahmah” atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya.

Pada 16 Februari lalu Halimah menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa mengambil makanan berkualiti rendah boleh membawa kepada gangguan perkembangan manusia seperti autisme.

Beliau berkata, apa yang dimaksudkan ialah kualiti bahan mentah kurang baik yang digunakan oleh restoran untuk ‘Menu Rahmah’ “boleh menyebabkan kualiti hidangan terjejas”.

Menu Rahmah merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu orang ramai khususnya golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan makan tengah hari dan malam pada harga maksimum RM5.

Klip ucapan Halimah di Dewan Rakyat itu tular sejak minggu lalu sebelum dilaporkan secara meluas oleh media massa.

Berita berkaitan
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023· Politik
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023· Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
May 29, 2023· Isu semasa
Peniaga hentikan ‘Menu Rahmah’, tiada sambutan, alami kerugian
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok