Selepas simen, kini baja Rahmah bakal diperkenalkan

August 2, 2023 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan Baja Rahmah dalam waktu terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban golongan petani di negara ini.

Sebelum ini, KPDN juga mengumumkan pengenalan Simen Rahmah dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kemajuan rumah mampu milik.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata pihaknya dalam peringkat rundingan akhir dengan beberapa syarikat berkaitan bagi mengeluarkan baja yang berkualiti pada harga berpatutan, menurut laporan Bernama.

“Tindakan proaktif ini diambil sebagai satu daripada cara untuk membantu mengurangkan beban petani sayur dan sawit dari segi kos penanaman selain mengelakkan kenaikan harga sayur dan minyak sawit di pasaran,” katanya.

Fuziah berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah Pantai Selamat Group di Pasar raya Fresh Choice Taman Tas di sini hari ini, yang turut melibatkan pengagihan 100 bakul Rahmah kepada golongan memerlukan.

Pasar raya itu turut mengadakan jualan Rahmah selama tiga hari bermula hari ini.

Selain itu, Fuziah berkata Jualan Rahmah Bergerak menerusi konsep ‘Kedai Cari Rakyat’ di Pahang dijadualkan bermula pada bulan ini di kawasan kekurangan pasar raya.

“Kita menyedari ada golongan tiada kenderaan, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang sukar ke pasar raya menyebabkan kita yang perlu menyantuni mereka dengan cara mencari mereka,” katanya.

Sejak konsep jualan itu dilancarkan pada 16 Jun lalu di Pulau Pinang, Fuziah berkata sambutan diterima di setiap lokasi pelaksanaannya di beberapa negeri sebelum ini, sangat baik dengan barangan yang dimuatkan dalam lori 10 tan habis dijual dalam tempoh dua hingga tiga jam.

Berita berkaitan
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
23 jam lalu· Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023· Isu semasa
Kegagalan epik timbalan menteri, model ekonomi syok sendiri
September 22, 2023· Rencana
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok