Selepas 16 kali sidang Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 tamat

May 18, 2022 · Isu semasa

Pengurusan Pandemik Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 hari ini adalah yang terakhir selepas 16 kali bersidang sejak kali pertama diadakan pada 14 Sept tahun lepas.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga pengerusi mesyuarat kuartet itu berkata sepanjang sembilan bulan, mesyuarat tersebut adalah antara pendekatan dalam usaha kerajaan untuk membuka semula negara secara berperingkat dan selamat.

“Sejak Mesyuarat Menteri Kuartet diwujudkan, negara kini telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, 181 prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai sejak Mac 2020 kini hanya tinggal satu SOP asas dan sembilan garis panduan

“… semua sektor telah dibuka, setiap perayaan telah dibenarkan untuk disambut, pelitup muka juga sudah tidak diwajibkan di tempat terbuka malah, daftar masuk menggunakan MySejahtera juga sudah tidak lagi menjadi kewajipan.

“Matlamat utama kerajaan di sebalik usaha ini adalah bagi membolehkan rakyat dapat kembali menjalani kehidupan seharian secara hampir normal serta belajar hidup bersama virus Covid-19,” katanya memetik laporan Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat kuartet terakhir, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari.

Hishammuddin berkata mesyuarat kuartet juga memperhalusi kaedah yang sesuai dan selamat untuk merancakkan semula sektor ekonomi serta membuka semula pelbagai sektor lain secara berperingkat dan selamat termasuk sektor pelancongan, pekerjaan, industri dan pembuatan serta sukan.

Beliau berkata pembukaan sempadan negeri dan negara secara berperingkat turut menjadi antara fokus utama mesyuarat kuartet dan perkara itu rumit memandangkan ia melibatkan pergerakan keluar masuk negeri dan negara dalam skala yang besar.

“Situasi ini sekali gus merumuskan bahawa usaha-usaha yang dibuat oleh Kuartet telah membolehkan kehidupan seharian rakyat telah kembali kepada situasi hampir normal sekali gus menepati matlamat awal penubuhan Kuartet,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin turut memberi penghargaan kepada semua ahli tetap mesyuarat itu terdiri daripada empat menteri termasuk beliau sendiri, Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan serta Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Tidak dilupakan juga, menteri yang turut dilibatkan secara berkala iaitu Menteri Kanan Kerja Raya, Menteri Kanan Pendidikan, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pengangkutan, Menteri Sumber Manusia, Menteri Perpaduan Negara, Menteri Luar Negeri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Menteri Belia dan Sukan.

“Terima kasih juga Majlis Keselamatan Negara sebagai peneraju dan semua 29 agensi serta pasukan beruniform yang terlibat termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu· Isu semasa
Bekas menteri DAP tegur Menteri DAP dalam isu pegawai terlibat kes rasuah
May 28, 2023· Politik
Sidang Dewan Rakyat Kedua, isu rasuah Menteri DAP dan pegawai dijangka hangat
May 22, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok