Saman 1MDB: Permohonan Irwan dan Arul Kanda ditolak mahkamah

August 23, 2023 · Isu semasa

Permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk membatalkan saman dikemukakan syarikat pelaburan itu ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Susulan keputusan tersebut, pihak 1MDB akan meneruskan saman sivil mereka terhadap kedua-dua individu yang terbabit dalam kes pelaburan Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas mendapati, dakwaan penipuan dan konspirasi sebagai mana dinyatakan dalam tuntutan saman tidak boleh diputuskan melalui jalan mudah.

Ketika membacakan keputusannya, Raja Ahmad Mohzanuddin berkata, di peringkat ini tuntutan saman yang dipohon tidak sesuai untuk dibatalkan sebaliknya perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh dengan keterangan saksi-saksi.

Menurutnya, perbicaraan penuh perlu dilakukan supaya fakta dakwaan semua pihak yang terlibat dalam tuntutan ini dapat didengar.

“Ia tidak boleh diputuskan melalui adidavit dan ia bukan kes yang boleh dibatalkan secara terus.

“Oleh itu, saya mengekalkan status quo dan kes saman ini akan diputuskan melalui perbicaraan penuh,” katanya dipetik laporan media.

Raja Ahmad Mohzanuddin juga menetapkan 14 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman terhadap Mohd Irwan dan Arul Kanda dengan mendakwa mereka melakukan pecah amanah dan konspirasi sehingga menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah AS$1.83 bilion.

Ia ialah berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.

Berita berkaitan
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu· Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok