Rosmah fail permohonan isytihar perbicaraan kes solar terbatal

May 7, 2021 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor, yang diarah membela diri atas pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi itu terbatal.

Bernama memetik kertas kausa mahkamah yang diperoleh media hari ini, menyatakan permohonan pembatalan itu berkisar mengenai kesahihan surat pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes itu.

Beliau telah memfailkan dua afidavit berasingan untuk menyokong permohonannya melalui pasukan perundangannya Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Rosmah, 69, juga mahu perisytiharan beliau dibebaskan daripada semua tiga pertuduhan, jika mahkamah memutuskan perbicaraan itu silap.

Pengurusan kes permohonan itu ditetapkan pada Selasa di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang merupakan hakim perbicaraan.

Permohonan itu difailkan berikutan Mahkamah Rayuan pada 8 April lalu membenarkan rayuan Rosmah untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram, selepas pihak pendakwaan bersetuju menyerahkan dokumen itu kepada pihak pembelaan.

Rosmah membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.

Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, hari Rosmah didakwa di mahkamah dan tidak ditandatangani oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.

Sebaliknya, surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani Peguam Negara sekarang, Tan Sri Idrus Harun.

Pada 18 Februari 2021, Hakim Mohamed Zaini mengarahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah dan menetapkan sembilan hari iaitu pada 9, 10, 15, 16, 17, 22, 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk mendengar keterangan Rosmah dan saksi pembelaan lain.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok