RON97 naik dua sen seliter, RON95 kekal

September 22, 2021 · Isu semasa

Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter mulai esok hingga 29 September ini, kata Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, harga runcit bagi RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.73 kepada RM2.75 seliter. Sementara harga runcit diesel pula tidak berubah pada RM2.15 seliter.

MoF berkata harga runcit RON95 dan diesel dikekalkan pada paras siling RM2.05 dan RM2.15 seliter bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan sebenar harga minyak di pasaran global.

“Harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk bahan bakar itu meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan kerajaan,” kata MoF sambil menjelaskan penetapan harga itu menggunakan formula automatic pricing mechanism.

Kerajaan juga, kata MoF akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
Harga semasa petrol dan diesel kekal, tiada penurunan
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok