RM1.2 juta wang KWSP lesap ditipu scammer

June 12, 2023 · Isu semasa

Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon akibat terpedaya dengan dakwaan kononnya dia terlibat dengan jenayah berkaitan pengubahan wang haram.

Menerusi laporan polis yang dibuatnya semalam, pekerja teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta di Bintulu itu memaklumkan dia menerima panggilan telefon pada 22 Mei lepas daripada seorang lelaki tidak dikenali dari Putrajaya yang mendakwa mangsa ada mendaftarkan nombor telefon di Kota Kinabalu, Sabah untuk memfitnah Kementerian Kesihatan, menurut laporan Bernama.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata panggilan berkenaan kemudian disambungkan kepada dua individu kononnya pegawai berpangkat bernama “Sarjan Wong” dan “Inspektor Khoo” dari Kota Kinabalu yang mengatakan mangsa terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.

“Setelah itu, mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa Bank Negara mahu memeriksa wang mangsa dan mangsa dikehendaki membuka akaun bank baharu atas nama mangsa dan memindahkan wang milik mangsa ke akaun baharu itu bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat panik, Mohd Azman berkata mangsa telah membuka tiga akaun bank yang berbeza di Bintulu pada 23 Mei dan 9 Jun serta memindahkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan banknya, masing-masing berjumlah RM881,000 dan RM300,000 ke dalam akaun bank baharu.

Menurutnya, wanita itu turut diarahkan oleh suspek kononnya “lnspektor Khoo” untuk memberikan maklumat akaun bank baharu itu berserta nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian kepada suspek.

“Mangsa juga dikehendaki untuk mematahkan dan membuang ketiga-tiga kad ATM tersebut. Mangsa hanya menyedari tertipu setelah memberitahu perkara itu kepada suaminya serta menghubungi pihak bank tentang transaksi itu,” katanya.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok