Ringgit jatuh ke paras RM4.74 berbanding dolar

October 18, 2023 · Isu semasa

Ringgit meneruskan penurunannya untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini kerana pelabur kekal berhati-hati disebabkan ketegangan yang meningkat di Semenanjung Gaza, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.7445/7485 berbanding dolar AS daripada 4.7345/7375 pada penutupan Selasa, lapor Bernama.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS telah memperoleh sokongan penting susulan daripada hasil Perbendaharaan yang lebih tinggi berdasarkan data jualan runcit AS yang positif, naik 0.7 peratus bulan ke bulan pada September.

“Kombinasi hasil AS yang lebih tinggi dan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah selepas sebuah hospital terkena peluru berpandu yang tidak diketahui asalnya telah mempengaruhi reaksi pasaran kewangan dan menyebabkan urus niaga harian yang suram bagi ringgit,” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, Innes menyatakan pertumbuhan suku ketiga China yang lebih baik daripada jangkaan telah membantu menstabilkan mata wang tempatan daripada susut nilai selanjutnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia lemah berbanding pound Britain kepada 5.7869/7917 daripada 5.7595/7632, jatuh berbanding euro kepada 5.0140/0182 daripada 4.9973/5.0004 dan rendah berbanding yen pada 3.1685/1714 daripada 3.1629/1651 ketika ditutup semalam.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 13.0738/0914 daripada 13.0180/0319 pada penutup semalam dan susut berbanding rupiah Indonesia pada 301.5/302.0 daripada 301.2/301.5 sebelumnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4649/4681 daripada 3.4566/4590 pada Selasa dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.38 berbanding 8.34/8.35 semalam.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok