Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar

September 14, 2023 · Isu semasa

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan permintaan kukuh yang semakin meningkat terhadap mata wang negara maju itu susulan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengekalkan kadar faedah pada tahap semasa, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6825/6850 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6835 ketika ditutup pada Rabu, menurut laporan Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran turut mempertimbangkan sama ada Fed akan mengubah pendiriannya susulan data Indeks Harga Pengguna teras AS yang lebih rendah.

“Walau bagaimanapun, dolar AS adalah lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama iaitu euro Eropah dan Swiss Franc.

“Sentimen mungkin dipengaruhi oleh yen Jepun, yang kekal tertekan berbanding dolar AS walaupun kenyataan cenderung kepada kadar faedah tinggi oleh Gabenor Bank of Japan hujung minggu lepas,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 3.1769/1789 daripada 3.1742/1778 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding pound British kepada 5.8405/8436 daripada 5.8308/8370.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 5.0234/0261 daripada 5.0200/0254.

Unit domestik juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4402/4423 daripada 3.4358/4400 ketika ditutup semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 304.9/305.2 daripada 304.3/304.8.

Unit tempatan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.26 daripada 8.24/8.26 semalam serta meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0792/0902 daripada 13.0809/1003.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
10 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok