Ringgit ditutup rendah berbanding dolar

September 12, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang tenang berikutan permintaan yang lebih baik untuk mata wang Amerika Syarikat (AS) itu menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS pada Rabu, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.6755/6805 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6760 pada Isnin, menurut laporan Bernama.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data IHP AS boleh mempengaruhi hasil Perbendaharaan AS berikutan hasil yang tinggi akan membawa kepada permintaan yang lebih kukuh untuk dolar AS.

“Pada masa ini, hasil Perbendaharaan AS agak tinggi dan menjejaskan mata wang Asia tempatan.

“Pasaran tempatan mengharapkan kepada data inflasi yang rendah dalam data IHP AS esok, yang boleh membantu ringgit serta pasaran bon dan saham tempatan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.8299/8361 daripada 5.8551/8595 pada Isnin, naik berbanding yen Jepun kepada 3.1849/1886 daripada 3.1855/1881 dan menambah berbanding euro kepada 5.0131/0184 daripada 5.0145/0183 sebelum ini.

Berbanding mata wang ASEAN lain, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4338/4378 daripada 3.4334/4362 pada Isnin, rendah berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.26 daripada 8.24/8.25, bagaimanapun naik berbanding baht Thailand kepada 13.1157/1349 daripada 13.1583/1755.

Ia diniagakan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 304.7/305.2 daripada 304.7/305.1 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
15 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, susut hampiri RM4.70 berbanding dolar
22 jam lalu· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok