Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh 27 bulan

July 14, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup pada paras terendah sejak Mac 2020 berbanding dolar AS di tengah-tengah kebimbangan terkini mengenai kemelesetan selepas negara terbesar dunia melaporkan inflasi yang mencapai paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun pada Jun.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4435/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4360/4385 sewaktu ditutup pada Rabu, lapor Bernama.

Harga pengguna Amerika Syarikat (AS) melonjak 9.1 peratus, peningkatan ketara berbanding 8.6 peratus pada Mei apabila pasaran kini meramalkan kenaikan kadar faedah sebanyak 100 mata asas (bps) pada bulan ini berbanding 75 bps sebelum ini.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data inflasi tersebut adalah mengejutkan dan bank pusat lain menyahut seruan itu dengan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) mengetatkan dasar bagi membendung inflasi.

Lembaga Monetari tersebut menaikkan kadar dasar utama BSP sebanyak 75 bps kepada 3.25 peratus berkuat kuasa serta-merta, manakala MAS telah meningkatkan sokongan kepada dolar Singapura dalam keputusan dasar di luar kitaran yang dilihat sebagai langkah mengekang inflasi.

MAS berkata ia akan melaras semula titik pertengahan dalam julat dasar kadar tukaran efektif nominal dolar Singapura kepada paras semasa.

“Saya berpandangan, Rizab Persekutuan AS perlu melaksanakan kenaikan kadar meskipun ia menyebabkan berlakunya kemeseletan kecil.

“Sekiranya inflasi menjadi semakin kuat dalam ekonomi, mereka mungkin perlu langkah memperketat yang lebih panjang dan ini bererti, pertumbuhan akan menjadi lebih perlahan,” katanya kepada Bernama sambil menambah premium risiko dolar AS sebagai aset selamat akan menjejaskan pasaran mata wang semasa termasuk ringgit.

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.2762/2780 daripada 5.2753/2783 pada Rabu, merosot berbanding euro kepada 4.4635/4650 daripada 4.4524/4549 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1717/1732 daripada 3.1559/1582 semalam.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2009/2022 daripada 3.2358/2379 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok