Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar

August 21, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini berikutan sentimen bercampur-campur dengan ekonomi Amerika Syarikat (AS) berkembang pesat manakala ekonomi China pula nampak goyah, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.6460/6500 berbanding dolar AS daripada 4.6465/6510 pada penutup Jumaat lalu, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka lemah berbanding dolar AS memandangkan Rizab Persekutuan AS kemungkinan mengekalkan pendiriannya untuk menaikkan kadar faedah.

“Perbezaan dalam dasar monetari mampu meningkatkan dolar AS dalam tempoh terdekat,” katanya.

Mohd Afzanizam juga percaya data keluaran dalam negara kasar Malaysia pada suku kedua 2023 yang mencatatkan 2.9 peratus menunjukkan Bank Negara Malaysia mungkin mengekalkan monetari akomodatif mereka.

Dalam pada itu, ringgit diniaga rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1997/2027 daripada 3.1926/1959 Jumaat lepas, rendah berbanding euro kepada 5.0530/0573 daripada 5.0503/0552 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.9204/9255 daripada 5.9131/9189 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit bergerak bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.1299/1460 daripada 13.1331/1510 tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4232/4267 daripada 3.4228/4264 Jumaat lepas.

Sementara itu, mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.27/8.28 dan rupiah Indonesia pada 303.9/304.1.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
7 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok