Ringgit dibuka RM4.72 berbanding dolar, dijangka susut lagi

October 5, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan sesi urus niaga awal Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh perkembangan Indeks Dolar AS (DXY) yang susut kepada 106.773 mata menjelang pengumuman data gaji bukan perladangan (NFP) negara maju itu, esok.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7220/7300 berbanding 4.7285/7320, semalam, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, peserta pasaran kekal berhati-hati menjelang pengumuman NFP dengan ramai pihak mengunjurkan angka itu mencecah 153,000.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.1787/1843 daripada 3.1703/1729, rendah berbanding euro kepada 4.9680/9764 daripada 4.9645/9681 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7377/7474 daripada 5.7343/7385 sebelum ini.

Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asia lain.

Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.6 daripada 302.4/302.8 pada Rabu namun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8138/8393 daripada 12.7549/7685 semalam.

Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 daripada 8.31/8.32 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.4462/4523 daripada 3.4462/4492 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
5 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok