Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

July 6, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat berikutan sentimen enggan mengambil risiko menyelubungi pasaran, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.4220/4255 berbanding dengan dolar AS daripada 4.4185/4200 ketika ditutup pada Selasa, menurut laporan Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen enggan mengambil risiko tersebar luas dengan hasil Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun telah mencecah paras di bawah tiga peratus berikutan permintaan terhadap instrumen selamat kian kukuh.

“Minat terhadap instrumen yang boleh ditukar secara langsung kepada atau serupa dengan tunai semakin meningkat walaupun memberikan pulangan yang rendah, dan itu bermakna tumpuan utama kini adalah untuk melindungi prinsipal pelaburan.

“Indeks dolar AS (DXY) telah melepasi 106 mata pada masa ini kerana permintaan terhadap dolar AS telah meningkat. Justeru, dolar-ringgit dijangka kekal pada paras semasa sekitar RM4.41,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengenai Kadar Dasar Semalaman hari ini.

Kenaikan 25 mata asas akan memberikan sedikit sokongan kepada ringgit, katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding dengan beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dengan pound British kepada 5.2909/2951 daripada 5.3168/3186 ketika ditutup pada Selasa, serta naik berrbanding dengan euro kepada 4.5392/5428 daripada 4.5511/5526.

Ringgit susut berbanding dengan dolar Singapura kepada 3.1487/1514 daripada 3.1486/1502 semalam dan rendah berbanding dengan yen Jepun kepada 3.2606/2636 daripada 3.2530/2543.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok