Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar AS, dijangka susut lagi

October 4, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur global menerima berita pasaran yang memberi petunjuk bercampur-campur mengenai tindakan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya, kata Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7200/4.7250 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7255 semalam.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat berikutan Fed dilihat berbeza berhubung kadar kenaikan kadar faedah susulan bank pusat lain nampaknya telah mencapai kadar terminal mereka,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata peningkatan mendadak hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun — naik 12 mata asas kepada 4.80 peratus — menunjukkan premium inflasi terus meningkat.

“Oleh itu, kami menjangka ringgit akan kekal pada kecenderungan rendah,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9409/9461 daripada 4.9500/9542 pada Selasa dan naik berbanding pound kepada 5.6999/7059 daripada 5.7031/7079.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen kepada 3.1635/1671 daripada 3.1504/1533 semalam.

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4352/4394 daripada 3.4366/4400 pada Selasa, naik berbanding baht Thailand kepada 12.7224/7417 daripada 12.7381/7540 semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 302.9/303.4 daripada 303.0/303.4 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 daripada 8.30/8.31 pada Selasa.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok