Ringgit dibuka pada paras RM4.72 berbanding dolar

October 17, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur masih menantikan petunjuk lanjut sama ada Rizab Persekutuan AS akan menaikkan semula kadar faedah.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7290/7340 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.7340/7380, lapor Bernama.

DXY lebih rendah kerana pelabur masih diilihat mengambil keuntungan daripada kenaikan minggu lepas, yang menyaksikan dolar AS memperoleh lebih satu peratus berbanding pesaingnya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS agak seimbang walaupun ia kekal tidak menentu untuk beberapa seketika.

Hasil 10 tahun meningkat sembilan mata asas malam tadi untuk ditutup pada 4.74 peratus manakala nota dua tahun naik sedikit sebanyak empat mata asas kepada 5.10 peratus.

Peningkatan dalam hasil jangka panjang mencerminkan premium inflasi, yang sejajar dengan konflik berterusan di Timur Tengah yang mungkin menyebabkan kenaikan harga minyak, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, gandingan ringgit-dolar AS dijangka kekal pada julat sekitar sekitar RM4.73 hingga RM4.74 hari ini.
Untuk pagi ini, ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang asing.

Ringgit lemah berbanding pound Britain kepada 5.7732/7793 daripada 5.7494/7543 dan rendah berbanding euro menjadi 4.9915/9967 daripada 4.9858/9901 tetapi lebih tinggi berbanding yen kepada 3.1632/1668 daripada 3.1668/1697 semalam.

Sebaliknya, mata wang tempatan lebih tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0275/0464 daripada 13.0392/0549 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/301.2 daripada 301.0/301.5.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.4566/4605 daripada 3.4560/4592 pada Isnin dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.33/8.36 berbanding 8.33/8.34 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok