Putrajaya lanjut kontrak pegawai perubatan, rangka penyelesaian komprehensif

July 23, 2021 · Isu semasa

Kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak akan dilanjutkan segera selama dua tahun dan mengumumkan rangka penyelesaian jangka sederhana dan panjang yang akan disediakan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Lanjutan tersebut akan diberi selepas mereka melengkapkan tempoh khidmat wajib, disamping kerajaan turut bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.

Muhyiddin berkata langkah segera tersebut diumumkan sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan tersebut ke atas komitmen mereka sepanjang melawan penularan Covid-19 yang melanda negara.

“Kerajaaan amat menghargai sumbangan para doktor sebagai barisan hadapan dalam berhadapan perang Covid-19 dan Kerajaan akan terus komited untuk memastikan kebajikan dan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak diberikan perhatian sewajarnya serta bersifat adil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kemelut melibatkan pegawai perubatan kontrak mendapat perhatian pihak kerajaan selepas mereka menuntut penyelesaian segera mengenai pengesahan jawatan tetap mereka sehingga menyebabkan ramai doktor muda mahu berhenti dan keluar daripada perkhidmatan awam.

Menurut Muhyiddin lagi, kerajaan memahami kebimbangan dan masalah yang dihadapi kumpulan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak berhubung kesetaraan laluan kerjaya mereka.

Justeru, katanya, Kabinet bersetuju agar pelantikan secara kontrak diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan cuti belajar bergaji penuh serta tajaan pengajian yang setara dengan cuti belajar bergaji penuh dan hadiah latihan persekutuan.

“Antara persetujuan lain yang turut dicapai adalah menambah baik kemudahan atau faedah yang ditawarkan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak seperti cuti tugas khas perubatan, cuti tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal.”

Muhyiddin berkata keputusan-keputusan yang diumumkan hari ini akan memberi ruang kepada kerajaan untuk memuktamadkan kajian reformasi sistem kesihatan yang sedang dilaksanakan KKM.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok