Polis tahan 49 individu bantu siasatan ingkar SOP di Juru

July 21, 2021 · Isu semasa

Seramai 49 individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka dan tepi jalan di Taman Pelangi, Juru, di Bukit Mertajam, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan penahanan tersebut yang melibatkan 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan ditahan secara berasingan di sekitar Juru.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya dan boleh membahayakan nyawa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Difahamkan kesemua mereka berusia 20 hingga 40an itu ditahan dalam operasi bermula 11 pagi apabila kira-kira 200 individu menunaikan solat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan surau Taman Pelangi, Juru, selepas surau berkenaan sudah melebihi kapasiti 100 jemaah dibenarkan mengikut SOP perintah kawalan pergerakan.

Terdahulu, tular video di media sosial mengenai tindakan kumpulan lelaki di kawasan perumahan berkenaan sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya bermula jam 8.30 pagi hingga 9 pagi.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata laporan berhubung kejadian itu telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“(Ketika ini) siasatan dan tindakan untuk kenal pasti semua individu yang terlibat untuk diambil tindakan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Ketua Polis Pulau Pinang memberikan laporan dan penjelasan terperinci berhubung penugasan anggotanya yang dipertanggungjawab untuk memantau pematuhan SOP semasa perayaan Aidiladha.

Hamzah dilaporkan berkata laporan dan penjelasan itu perlu diberikan dalam kadar segera berikutan penularan video pelanggaran SOP ketika solat sunat Aidiladha di kawasan itu.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok