Polis syor dakwa Tommy Thomas: Laporan Mingguan Malaysia

October 16, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Ma­laysia (PDRM) dilapor mencadangkan Tan Sri Tommy Thomas didakwa di mahkamah, dan telah mengemukakan empat kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhu­bung dakwaan salah laku bekas Peguam Negara itu.

Mingguan Malaysia yang memetik sumber memberitahu, polis pada mula­nya membuka lima kertas siasa­tan terhadap Tommy, namun hanya em­pat yang dise­rah­kan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sumber itu dilaporkan berkata polis sedang menunggu maklum balas da­ripada DPP yang meneliti fakta kes dan menyemak kertas ­siasatan beserta cadangan ­empat pertuduhan yang dikemukakan sama ada diterima atau sebaliknya.

“Pegawai penyiasat kes ber­ke­naan juga sudah mengadakan perbincangan dengan DPP dan masih menunggu maklum balas daripada pihak tersebut,” kata­ sumber itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

Sumber itu juga dipetik sebagai berkata, cadangan pertuduhan dikemukakan polis seperti yang terkan­dung dalam buku laporan Pasukan Petugas Khas bertajuk Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice In The Wilderness Tulisan YBhg. Tan Sri Tommy Thomas, Bekas Peguam Negara, yang di­nyahsulit kerajaan.

Menerusi laporan tersebut, Pasukan Petugas Khas mendapati Tommy mungkin melakukan kesalahan di bawah Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; Sek­syen 4 Akta Hasutan 1948; dan di bawah peraturan, prosedur serta pekeliling Kerajaan.

Khamis lalu, media memetik laporan pasukan penyiasat setebal 822 muka surat yang dibentangkan kepada Kabinet pada 30 September lalu.

Antara lain, laporan menyatakan Tommy tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan AGC dan satu-satunya penyelesaian yang diambilnya untuk menangani kelemahannya ialah melantik peguam luar.

Sementara itu, Mingguan Malaysia juga memetik bekas Peguam Ne­gara Tan Sri Abu Talib Othman sebagai berkata, laporan Pasukan Petugas Khas yang menyenaraikan sembilan elemen kemungki­nan salah laku Tommy tidak cukup membuktikan beliau bersalah atau sebaliknya.

Ini kerana, menurut beliau, selaras prinsip undang-undang yang menyatakan bahawa sese­orang itu tidak didapati bersalah selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.

“Justeru, kini terserah kepada AGC untuk membawa kes ke mahkamah dengan mendakwa Tommy jika mendapati wujud elemen salah laku. Jika Tommy dihadapkan ke mahkamah sekali pun, beliau belum bersalah selagi tidak di­buktikan bersalah.

“Walaupun pasukan khas merumuskan kewujudan salah laku, tidak boleh menyimpulkan Tommy bersalah kerana yang akhirnya menentukan ada­lah mah­kamah. Mungkin bagi Tommy, beliau tidak bersalah, sebaliknya pihak lain cakap bersalah, jadi adalah sukar membuat keputusan membabitkan satu pihak,” kata beliau.

Selain itu, kata Abu Talib, masih terlalu awal untuk membuat rumusan terhadap ke­san dan kedudukan pelantikan ha­kim susulan laporan Pasukan Petugas Khas itu menyebut wujudnya campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim kerana sebarang keputusan hendaklah diambil selepas Tommy disahkan bersalah.

“Begitu juga dengan dakwa­an membocorkan rahsia kerajaan dan menyalah guna kuasa melantik peguam luar, sebarang kelemahan dan penambahbaikan perlu diteliti selanjutnya oleh kerajaan selepas keputusan mahkamah,” ujarnya.

Ditanya keperluan menubuh­kan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Abu Talib memberitahu, menubuhkan badan atau pasukan siasatan khas hanya sia-sia sekiranya tiada keputusan diambil oleh kerajaan.

Katanya, sebelum ini terdapat banyak RCI yang diwujudkan bagi mencari penemuan kes tertentu tetapi semua tidak ‘berlaku apa-apa’ kerana kerajaan gagal membawa pesalah ke muka pengadilan.

Berita berkaitan
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok