Tommy Thomas mungkin langgar banyak undang-undang: Laporan

October 13, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Tommy Thomas tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan satu-satunya penyelesaian yang diambilnya untuk menangani kelemahannya ialah melantik peguam luar, menurut laporan pasukan petugas khas mengenai buku bekas Peguam Negara (AG) itu yang didedahkan.

Laporan 822 muka surat itu dibentangkan kepada Kabinet pada 30 September lalu selepas pasukan petugas itu menyelesaikan siasatan terhadap dakwaan dalam buku Thomas bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”.

Pasukan petugas itu melaporkan bahawa Thomas tidak mampu mengendalikan AGC.

“Walaupun dia layak secara sah untuk dilantik sebagai Peguam Negara, dia tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran pengurusan untuk mengetuai atau bertanggungjawab di sebuah jabatan kerajaan yang besar seperti AGC, dengan lebih 2,000 pegawai undang-undang dan ramai kakitangan sokongan.

“Walaupun Thomas mengkritik apa yang dia anggap sebagai kekurangan pengalaman pegawai undang-undang dalam bidang undang-undang tertentu dan kekurangan komitmen mereka dalam kerja mereka, dia tidak mengambil atau memulakan apa-apa langkah untuk memperbaiki kelemahan ini – satu-satunya langkah yang dia ambil ialah pilihannya melantik peguam luar atas perbelanjaan Kerajaan Persekutuan,” kata laporan itu.

Terdahulu, susulan pembentangan Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in The Wilderness” tulisan Tommy Thomas, kerajaan bersetuju menyahklasfikasikan dan mendedahkan laporan tersebut kepada umum.

Laporan itu menyatakan bahawa dalam siasatan yang bermula pada 23 Disember 2021 hingga 22 Ogos tahun ini, pasukan petugas mengumpulkan maklumat yang banyak sebelum menulis laporan itu.

“Kami mengadakan perbincangan perundingan dengan individu dan mereka yang dianggap oleh pasukan petugas itu sebagai pihak berkepentingan, agensi kerajaan atau orang yang boleh memberikan maklumat dan dokumen berkaitan, termasuk laporan polis yang dibuat terhadap Tan Sri Tommy Thomas berkaitan dakwaannya dalam bukunya.

“Secara keseluruhannya, terdapat 19 sesi perbincangan perundingan melibatkan 15 individu dan pihak berkaitan. Pada 5 Januari, Thomas menyatakan dalam surat bahawa dia tidak akan bekerjasama dengan pasukan petugas itu,” kata laporan itu menurut TheStar.

Pasukan petugas khas membahagikan semua dakwaan yang diterbitkan dalam buku itu kepada empat isu.

“Selepas perbincangan lanjut, terdapat empat isu utama iaitu: badan kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak dibenarkan, salah guna kuasa dan kecuaian profesional; dan kenyataan berbaur hasutan,” kata laporan itu.

Di bawah “kehakiman”, pasukan petugas itu menyenaraikan, antara lain campur tangan eksekutif dalam pelantikan hakim, forum dan hakim yang terlalu rapat dengan eksekutif atau terikat kepada eksekutif.

Di bawah “tindakan yang tidak dibenarkan, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian profesional”, Thomas didakwa telah bertindak melebihi kuasa dalam kes Equanimity (kapal layar besar yang dahulunya dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan Jho Low) dan mendedahkan maklumat mengenai kes Goldman Sach.

“Daripada analisis dan pemerhatian kami terhadap dakwaan ini dan maklumat serta dokumen yang disediakan kepada kami, kami berpendapat bahawa terdapat kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan berikut: Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 23 Kanun Keseksaan Malaysia, Akta Suruhanjaya Rasuah, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan peraturan, prosedur dan pekeliling kerajaan.

“Campur tangan eksekutif dalam pelantikan hakim dan kesannya terhadap kebebasan kehakiman secara amnya, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan tanpa kebenaran, penyalahgunaan kuasa, tindakan yang diambil melebihi kuasa dan kecuaian profesional,” kata laporan itu.

Pasukan petugas itu dipengerusikan oleh Penasihat Undang-undang Sarawak Datuk Seri Fong Joo Chung, dan mempunyai tujuh anggota lain yang dilantik mengikut kepakaran mereka dalam pelbagai perkara.

Diterbitkan tahun lalu, buku Thomas dikecam pelbagai pihak termasuk Jabatan Peguam Negara sekarang, peguam, ahli politik dan sebilangan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan dan fitnah.

Berita berkaitan
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok